Thursday, 3 October 2013


Hai semua! So alhamdulillah dapat buka blog yang dah lama tak berpenghuni ni. K sebenarnya aku tak ada idea nak tulis pasal apa. Otak aku tak sebernas korang yang boleh tulis banyak gila tah dari mana dapat idea tu kan. haih dengki. Siut. Dengki habis aku.




Segelintir yang action poyo gila tu kan bila ditanya pasal masa lalu dia akan kata "Past is past. Tak ada guna nak ingat lagi" ..... Tapi kenyataan haprak. Bagi aku, kita boleh ingat masa lalu. Gila tak nak ingat kejadian sweet-sweet pahit-pahit. Bukan senang nak lupa melainkan kau kena langgar lori golek-golek atas jalan raya lepastu bum gedebush masuk loji. haha bukan lawak pun. Apa yang tak boleh bila kau TINGGAL dalam masa lalu tu. Apa yang cuba aku maksudkan disini ialah, kau masih mengharapkan masa lalu tersebut kembali mewarnai kehidupan kau. Contohnya kan, kau ada seorang ex ni. Kau sayang dia gila ketat sampai tak terputus tali kau gigit cemane pun. Ok what. Kita manusia, cinta kan fitrah. Tak boleh lari dari mencintai dan dicintai. But for me is, bodoh akan nampak bila kita sampai tak boleh nak gelak, atau nak ukir senyuman sebab terlalu sedih. Sekurang-kurangnya kita tahu kehidupan ni perlu diteruskan. Berdoa dan tawakal. Moga urusan dipermudahkan. :-)

Ok yang satu lagi ni tak ada kena mengena dengan atas:-

Mimpi. Ada satu malam entah macam mana nyenyak sangat aku tidur. Aku pun dibuai mimpi. Mimpi indah. Sungguh indah. Di mana aku tengok orang yang aku tenenene upload gambar dekat instagram. Tapi dia tak seorang diri dalam gambar tu. Dia dengan freshie sekolah dia. Girl ok girl. Jarak mereka duduk takdelah rapat sangat. 10 sentimeter mungkin, dalam keadaan berdiri. Macam apa je mimpi aku. Dah lah kejap je mimpi tu. Kejap tak kejap lah, mimpi ni paling superb lah kut sampai aku bangun pagi hati dupdapdupdap. Dari mimpi terbawa ke realiti perasaan berdebar tu. Caption gambar tu tertulis. "kami sahabat. zahirah saya tahu awak stalk saya, jangan risau dalam hati saya ada awak je." So itulah yang menyebabkan mimpi aku menjadi terlalu indah. Hahaha kbabai.


THANKS COMEL, JANGAN LUPE LIKE TAU :)