Thursday 23 May 2013

Bersahabat Selamanya Kerana Allah. :']


...................


I new message. *Open*
Mata aku dilarikan daripada terus membaca isi-isi mesej tersebut. 
Lalu air mata berguguran, hati turut menangis. 

Reply: "Oh jadi kau malu dengan penampilanku? Cara ku? Benar? Sahabat... *kesat air mata* seandainya kau tahu bagaimana sayangnya aku terhadapmu. Ketahuilah sahabat, kehidupan dunia ini, segala nikmat di dalamnya, setiap isi dunia adalah sementara dan bukannya kekal abadi selamanya. 


Suatu ketika nanti, apabila kita akan menyedari bahawa kita berada di dunia itu dalam waktu yang sangat singkat, tidak lebih daripada satu hari atau mungkin setengah hari. Sangat singkat. Semua nikmat di sekeliling kita ini, tidak ada nilai sekiranya tidak kita manfaatkannya ke jalan Allah. Bahkan, nikmat-nikmat yang tidak kita manfaatkan itulah yang akan mengheret kita ke neraka Allah. Hiburan-hiburan yang melalaikan kita, yang menjauhkan diri kita dari Allah, akan menyebabkan diri kita dimamah api neraka Allah. Di ketika itu, seandainya kita meminta untuk kembali lagi ke dunia, dan meminta untuk diberi peluang kedua, kita telah terlambat. Kita kekal di sana. Sahabatku... *kesat air mata*


Aku tahu kini waktu telah berbeza. Tiada lagi berputik rasa kerinduan kau terhadap diriku. Tiada lagi aku, tiada lagi kau. Tiada lagi kita. Sahabat.. kita sentiasa rasakan persahabatan yang dijalinkan ini terlalu sempurna. Kerana tika itu aku sentiasa menghiburkanmu. Kini aku sedari, itu semua melalaikan. Kini dapat aku rasakan indahnya persahabatan apabila kita bersahabat kerana Allah.... Aku sayang padamu. Aku sentiasa menyayangimu sahabat. Oleh kerana itu, aku ingin buktikan padamu rasa sayangku terhadap dirimu ini. Bukanlah puitis belaka.


Andainya kau tahu betapa indahnya diri saat sujud menghadap ilahi. Aku yakin kau tidak akan ragu-ragu dengan perubahan yang ingin kau kecapi. Dan jika benar kau ingin perubahan... Aku tahu kau akan berusaha. Bukan sekadar menanti. Dan sahabat... Tarbiyah itu perli dicari :')


Tidakkah kau rasakan sesuatu? Sesuatu yang menjerumus dirimu untuk melakukan sesuatu? Kita mengejar hari mati, dan ke manakah destinasi kita selepas itu?

"Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya, tetapi insan tahu betapa indahnya ia. Ia juga seperti dirimu. Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu, tetapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya ketika engkau taat dan patuh pada suruhan-Nya, ikhlas dengan semua yang engkau alami, tersenyum saat sukar, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki. Semoga engkau menjadi insan terpilih dan terindah di hadapan-Nya."


# Bantu aku, bimbing diriku, supaya dapat aku mempelajari ilmu mu Ya Allah. Aku tidaklah baik, tidaklah terlalu bagus. Tetapi inilah hambamu, pendosa tanpa noktah :')



THANKS COMEL, JANGAN LUPE LIKE TAU :)