Friday 10 May 2013






"Jangan pernah persoalkan mengapa kita diuji kerana sememangnya taraf kita yang bergelar hamba di dunia ini layak diuji." Ujian bukan dijadikan untuk kita lari darinya atau berpatah balik dari perjalanan kehidupan, namun in dijadikan untuk kita menghadapi dan melepasinya. Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidah tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke Syurgaku.

Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Telah terungkap sebaris nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama. Wahai diri, lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada CINTA HAKIKI nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan... Ya Allah, teguhkan aku di jalanMu, agar si dia turut berada dalam redhaMu... Ya Allah, perindahkanlah akhlakku, agar si dia turut dihiasi akhlak yang cantik... 

Gadis solehah itu cantik, walaupun sering kali hatinya diusik, oleh pemuda yang kurang terdidik, tubuhnya tidak mudah melentik, tatinya cekal mindanya cerdik, berwaspada terhadap bahaya syirik,
mulutnya menidakkan budaya munafik, sopan santunnya mempersona bersulamkan islamik, tidak jemu bergelar dai’e imannya menaik...

Gadis solehah itu Ada saja orang yang dengki, diadunya kepada Ilahi, pinta agar dilembutkan hati, dia bukan peminta tetapi pemberi, dia dilahirkan insan yang berluhur budi, melalui corakkan akhlaknya berseni, Lagaknya searus masyrakat hadhari, bicaranya umpama sebuah simfoni, akalnya suci hujahnya madani, tegasnya sebagai pematang peribadi, ilmunya dicari bukan sekadar menanti, disaat dunia runtuh dihumban modenisasi. Gadis solehah itu saksi seorang penyeri...



THANKS COMEL, JANGAN LUPE LIKE TAU :)